Melissa Saila
” Kena selalu sihat dan selalu positif. Jangan banyak streskan otak”
Itu reaksi pelakon senior Melissa Saila sebaik ditanya rahsia kekal cantik dan awet muda biarpun usia sudah menginjak 52 tahun.
Lincah, berbakat dan cantik! Itu antara ‘tarikan’ Melissa Saila ketika dia aktif berlakon pada sekitar era 90an.
Cukup sinonim dengan drama Cili Padi yang membawa watak sebagai Maria, Melissa Saila ternyata berada dalam kelas tersendiri.
Barangkali kerana personalitinya yang ceria dan mudah tersenyum!
Umum sedia maklum pemilik nama penuh Melisa Mohd Alias ini berasal dari keluarga seni.
Ibunda kesayangan Melissa sendiri ialah seniwati disegani ramai iaitu Allahyarhamah Hajah Mariam Binti Ismail atau dikenali sebagai Seniwati Mariani.
ARTIKEL MENARIK ‘Bantulah Saya. Saya Betul-Betul Nak Kerja’ – Luahan Din Glamour, Siapa Sangka Keadaan Dia Sekarang
ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Penyanyi Shawn Baharin? Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Pernah diaju persoalan mengenai penampilannya yang sentiasa nampak muda, ini jawapan jujur Melissa.
” Ya ke, adoi! Tak terfikir pun. Bagi saya mudah sahaja, apa yang penting adalah minda kena selalu sihat dan selalu positif. Jangan banyak streskan otak.” katanya.
Tidak lagi membintangi drama atau filem, Melissa juga sebenarnya berpengalaman sebagai pengarah.
” Sudah lebih 10 tahun saya bergiat aktif dalam dunia pengarahan.
” Tetapi kebanyakan adalah dalam bentuk drama. Pernah juga dulu saya mengarah sebuah filem tetapi sayangnya filem itu tidak keluar panggung.
” Ada beberapa masalah yang menyebabkan filem itu tidak dapat ditayangkan.”
Lebih 36 tahun terlibat dalam dunia seni, pastinya Melissa sudah pun berdepan dengan pelbagai ragam dan dugaan sepanjang bergelar anak seni.
” Malah, katanya industri seni dahulu berbeza dengan industri seni hari ini.
” Sekarang zaman nak popular. Semua tentang populariti semata-mata,” katanya yang mempunyai syarikat produksi, Kus Semangat Aktor.
ARTIKEL MENARIK ‘Hutang Keliling Pinggang, Aku Dh Tak Sanggup!’ – Pernah Putus Asa, Ini Profil Amir Jahari Yg Tak Ramai Tahu
ARTIKEL MENARIK Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Melissa berkahwin dengan Megat Fauzi Shukarnain dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Noor Megat Fauzi, 18 tahun, Zain Megat Fauzi, 16 tahun dan Zahrah Megat Fauzi, 13 tahun.
Menyedari anak-anak kian meningkat dewasa, Melissa sebagai ibu amat menitikberatkan tingkah laku anak-anak dalam mendidik mereka menjadi insan berguna kelak.
” Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat. Paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.
” Saya juga selalu pesan kat anak-anak, rupa cantik kalau kelakuan dan perangai tak elok, tak guna juga.” terang wanita kelahiran Kuala Lumpur ini.
Pernah membintangi filem Puteri Gunung Ledang, Melissa turut berkongsi cabaran mengarah era digital.
” Sekarang lebih banyak kemudahan berbanding dahulu. Tapi nak cari agar cinematic tu yang payah,” katanya.
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun
Lebih 38 tahun terlibat dalam dunia seni, sudah tentu asam garam dalam bidang ini sudah dilalui oleh wanita ini.
” Sekarang zaman nak popular. Semua tentang populariti semata-mata.
” Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat. Paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.
” Saya juga selalu pesan kat anak-anak, rupa cantik kalau kelakuan dan perangai tak elok, tak guna juga,” bicara Melissa mengakhiri perbualan.
Sumber: nona