Hangat diperkatakan berkenaan isu gaji DJ radio. Malah pihak sinar2u sendiri ada membuat artikel tentang berapa sebenarnya gaji seorang DJ radio.
Antaranya sinar2u mendedahkan ada segelintir DJ popular meraih gaji RM500 ribu setahun yang bersamaan dengan hampir RM42 ribu sebulan.
Terasa bersalah pula pihak sinar2u sebab keluarkan artikel pasal gaji DJ radio ni. Tak pasal-pasal beberapa DJ bersuara.
Terbaru, bekas penyampai radio Suria FM, Linda Onn menafikan dirinya pernah menerima bayaran sekitar RM45,000 sepanjang enam tahun berkhidmat di stesen radio itu.
Linda berkata, walaupun pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang itu, namun bayaran yang diterima tidak setinggi yang didakwa seorang netizen.
” Hangat di media sosial cerita fasal gaji penyampai radio secara terbuka. Ingatkan malas nak masuk campur, tapi bila ada orang sebut nama saya, kenalah menjawab.
” Pandai-pandai saja cakap saya terima gaji sebanyak itu. Seronok betul kalau dapat bayaran itu dulu.
” Tapi saya tak pernah terima setinggi itu. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat. Dulu menang anugerah pun, gaji saya tidak sampai RM10,000,” katanya.
ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio
ARTIKEL MENARIK Akhirnya Fathia Latiff Dedah Punca Sebenar Tak Puas Hati Sangat Dengan Aiman Sampai Dendam Hingga ke Hari Ini
ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta
Menurut Linda, dia mengaku penyampai radio sekarang cukup bertuah apabila ada yang menerima bayaran ratusan ribu seperti yang dilaporkan.
” Bertuah penyampai radio zaman sekarang apabila gaji mencecah RM50,000 sehingga RM150,000 sebulan.
” Kalaulah bakat saya dihargai dulu sampai dapat sebegitu, memang seronok.
” Tapi saya faham penyampai zaman sekarang kualitinya berbeza dan pendekatan yang dibawakan tak sama.
Lagipun kehendak pendengar, stesen radio pun sudah berbeza ketika zaman saya berkhidmat dulu.
” Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio, lagilah berharga..
” Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui macam-macam seperti mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dan penyertaan dalam program ‘on ground’ stesen itu.
” Saya terima apabila gaji saya tidak setinggi itu, mungkin standard saya tak sampai tahap itu. Saya gembira dengar gaji penyampai sudah ratusan ribu sekarang,” katanya.
Terdahulu seorang netizen mendakwa bayaran Linda sebagai penyampai radio adalah sekitar RM45,000 sama seperti penyampai Salleh Yaacob ketika berkhidmat di salah satu radio swasta.
Keadaan Linda Onn sekarang setelah lama menyepi
Agak lama tidak mendengar khabar bekas penyampai radio dan hos terkenal Linda Onn, 45.
Mungkin kesibukan mengurus keluarga dan restoran My Mom’s Chicken Rice membuatkan Linda sepi dari radar dunia seni.
Kehadirannya ditemani keluarga sempena pelancaran restoran Rightside di Mont Kiara baru-baru ini mencuri perhatian.
Bekas penyampai Era FM itu sempat berbagi cerita tentang kehidupannya sekarang yang sibuk menguruskan perniagaan.
Jelas Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, kehilangannya daripada dunia penyiaran radio dan televisyen tiada kena mengena dengan rasa kecewa.
Cuma baginya, zaman sudah berubah dan penglibatannya bersama radio dan TV sudah berakhir.
” Trend sudah berubah. Saya sendiri sudah agak lama tidak mendengar radio. Tapi tipulah kalau saya kata tak rindu kepada radio.
” Hakikatnya saya sangat rindu nak masuk studio, putar lagu, bercakap dengan pendengar, dengar balik suara sendiri. Tapi untuk saya peluang itu sekarang sudah tiada.
” Mungkin sebab semua radio saya dah masuk, adalah satu dua yang belum.
” Dan mungkin juga saya kena jadi kelakar untuk dipanggil semula jadi penyampai pada masa sekarang,” katanya.
ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang
ARTIKEL MENARIK ‘Kongsi Sebatang Berus Gigi, Tak Ada Duit Beli Susu Anak’ – Kisah Rosyam Nor Yg Tak Pernah Diceritakan
ARTIKEL MENARIK ‘Bayaran Lepas Duit Rokok Nak Buat Apa? Siapa Nak Bagi Saya Makan?’ – Luahan Terkini Salih Yaakob
Linda menepis persepsi kononnya lambakan pelawak yang mendominasi bidang penyiaran radio sekarang menutup peluang untuk dia kembali menjadi penyampai radio.
Katanya, rezeki ditentukan Tuhan dan masanya bersama radio mungkin sudah berlalu.
” Persaingan wujud sejak dulu lagi, tapi saya sentiasa melihat ia dari sudut yang positif.
” Bahkan setiap penyampai ada cara kendalian tersendiri. Contoh saya, kudsia Kahar, Halim Othman, Seelan Paul, kami semua berbeza.
” Saya tak boleh salahkan pelawak sebab saya dah tak dipanggil untuk sertai radio. Masa saya sudah berlalu dan ketika saya aktif dahulu, ia bukan tempoh yang sekejap
” Nak kata puas, tidak. Tapi saya tak pernah dengki dan perasaan itu tiada dalam kamus hidup saya,” jelasnya.
Suami Linda Onn adalah kerabat diraja Johor
Sekadar info, Linda Onn mendirikan rumah tangga bersama Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.
Pernikahan Linda Onn dengan Ungku Azhar yang merupakan seorang kerabat diraja Johor sebelum ini telah mencetus kontroversi apabila dirinya mengambil langkah untuk mengadakan majlis secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.
Namun, majlis resepsi pasangan ini yang berlangsung secara sederhana dan intim di sebuah restoran di Kuala Lumpur memberikan mesej yang Linda Onn dan Ungku Azhar memang tidak gemar menghebahkan kisah perkahwinan mereka.
Linda kembali jadi DJ radio Era
Sementara itu terbaru, Linda Onn telah kembali ke stesen radio nombor 1 Malaysia, ERA.fm bermula 11 September 2023.
Jika sebelum ini mereka menyertai slot 3 Pagi ERA, kali ini mereka akan bergabung tenaga bersama Halim Othman, Haniff dan Ray untuk segmen PetangERA.


