Umum mengetahui bahawa pemain sayap lintah Arif Aiman tidak dimasukkan sepanjang dua perlawanan persahabatan Harimau Malaya baru-baru ini disebabkan Hamstring yang dialaminya.
Perkara tersebut disahkan sendiri pegawai perubatan dari Skuad Kebangsaan yang mengatakan Arif berkemungkinan besar tidak boleh bermain bolasepak selama 6-7 hari. Arif Hamstring sebelum perlawanan bertemu pasukan Turkmenistan.
Sudah pasti ramai yang berprasangka bahawa berkemungkinan besar untuk pemain ini tidak dibawa masuk ketika bertemu pasukan Sabah dalam aksi sulung di bulan ramadhan. Hal ini nampaknya tidak menjadi kenyataan apabila pemain lintah ini disenaraikan oleh jurulatih pasukan Harimau Selatan.
Jurulatih pasukan Harimau Selatan tersebut memuji usaha yang diberikan oleh Arif Aiman dan seluruh staf perubatan pasukan Johor Darul Takzim.
Arif Aiman bersama seorang lagi rakan sepasukannya Endrick dihantar ke kelab selepas berada dikem pasukan kebangsaan sebelum mendapat kecederaan. Mereka menjalani rawatan pemulihan di kelab.
Kehadiran Arif Aiman dalam perlawanan bertemu Sabah membawa impak yang cukup baik apabila pemain ini berjaya menjaringkan satu gol. Beliau juga diturunkan oleh jurulatih sebagai kesebelasan utama pasukan Harimau Selatan.
Dalam sidang media yang dibuat selepas aksi tersebut. Jurulatih pasukan Johor Darul Takzim, Tano Solari memuji kerja keras dan usaha yang dibuat oleh semua pihak dalam memulihkan Arif Aiman dan seorang lagi pemain Endrick Dos Santos.
Menurut Tano, pihak pegawai perubatan kelab telah menjalankan tugas mereka dengan baik dalam memulihkan kedua-dua pemain tersebut. Namun ketua jurulatih ini pada mulanya tidak menyangka kedua-dua pemain boleh diturunkan dan tidak meletakkan harapan besar untuk mereka pulih secepat mungkin.
Dalam perlawanan Liga Super tersebut, Johor Darul Takzim meneruskan penguasaan tahta Liga apabila menundukkan pasukan Sabah Fc dengan jaringan besar 4-0. Jaringan berjaya dihasilkan melalui pemain Arif Aiman pada minit ke-20.
Juan Muniz pada minit ke-39. Tidak ketinggalan pemain bek kanan Harimau Malaya sebelum ini Muhammad Syahmi bin Safari turut mencepat nama pada minit ke-81 sebelum pemain hadapan prolifik pasukan JDT Fernando Forestieri melengkapkan gol ke-4 JDT pada minit ke 89.