Ananda Krishnan
KASIH SEORANG AYAH DAN ANAKNYA…
Beberapa hari lalu kelihatan seorang sami Budha tiba di KLIA sambil menggendong beg kain.
Dia bergegas ke Brickfields untuk menemui jasad ayahnya yang terbaring kaku.
ARTIKEL MENARIK ‘Penduduk Kampung Derma Duit Supaya Dia Dapat Berlatih’ – Kisah Di Sebalik Kejayaan Nadeem Menang Emas
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search
Bukan rahsia lagi, dia adalah satu-satunya anak lelaki bilionair Tan Sri Ananda Krishnan.
Ajahn Siripanyo yang berkelulusan dari London School Of Economics (LSE) mengambil keputusan untuk menjadi seorang sami Budha dan memilih tinggal di kuil Budha dekat sempadan Thai-Myanmar lebih 20 tahun lalu.
Siripanyo adalah hasil perkahwinan Ananda dengan Puan Sri Momwajarongse Suprinda Chakraban, seorang ahli kerabat Diraja Thailand.
Siripanyo ada tiga beradik, dua lagi adalah adik perempuan.
Semasa hidupnya, biarpun sesibuk mana Ananda menguruskan empayar perniagaannya, dia tetap akan mencuri masa untuk menemui anak kesayangannya itu biarpun sejauh mana anaknya itu berada.
Ananda mungkin kecewa kerana harapannya untuk melihat Siripanyo meneruskan empayar perniagaannya tidak menjadi kenyataan, namun kasih sayang di antara mereka berdua tidak pernah tergugat.
Satu-satu keluhan Ananda yang pernah menjadi ‘headline’ media suatu ketika dahulu adalah: “Saya mempunyai kekayaan tetapi anak sendiri pun saya tak mampu belikan makanan”
Ini kerana sebagai sami, anaknya itu hanya mahu menerima makanan sumbangan orang ramai sekaligus menolak SEMUA pemberian bapanya, dari makanan sehinggalah harta/wasiat yang bernilai berbilion ringgit itu!
Order sini/ harga > RAK KABINET SINKI
Menariknya, walaupun masing-masing memilih ‘haluan berbeza’, kasih sayang antara anak dan bapa ini tetap utuh.
Beberapa tahun lalu Ananda pernah terbang ke Malaysia bilamana mengetahui anaknya itu singgah di sebuah kuil dekat Bukit Bendera, Pulau Pinang. Untuk rekod, Ananda tinggal di Switzerland.
ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang
Pertemuan dua beranak itu berjaya ‘dihidu’ oleh media dan berita mengenainya menghiasi dada-dada akhbar.
Itulah satu-satunya gambar mereka dua beranak yang pernah dirakamkan lensa kamera.
Ini kerana dari dulu Ananda seorang perahsia dan sangat low profile.
Dan semalam Siripayo dilihat bersalaman dengan orang ramai yang menziarahi mayat ayahanda yang sangat dikasihinya itu.
Silap haribulan, ketika saya menaip entry ini, dia mungkin sudah kembali ke kuil Dtao Dum Monastery, di sebuah kawasan terpencil dekat sempadan Thai-Myanmar yang juga ‘istananya’ sejak sekian lama.
Ini bukan cerita pasal kepercayaan, tetapi ini cerita kasih sayang seorang ayah dan anaknya.
Hanya kematian akhirnya memisahkan mereka…
Terdahulu, Tan Sri Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Mendiang merupakan pengasas syarikat pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Berhad, serta syarikat penyiaran dan media Astro Malaysia Holdings Bhd.
Mendiang juga memiliki pegangan besar dalam syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd, melalui Objektif Bersatu Sdn Bhd.
Pada April lalu, majalah Forbes menyenaraikan Ananda Krishnan sebagai individu keenam terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$4.8 bilion (RM21.3 bilion).
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Sumber: fb Syahril A. Kadir