Pemain tengah natrulisasi negara, Liridon Krasniqi dipinjamkan oleh pasukan Johor Darul Takzim ke pasukan Terengganu untuk musim ini. Pemain tengah ini hadir ke pantai timur dari selepas dipinjamkan ke Khon Kaen United FC sebelum ini.
Kehadiran Liridon ke pasukan Terengganu untuk musim 2023 ini adalah untuk mengisi slot sebagai pemain tempatan di bawah kendalian jurulatih Tomislav Steinbruckner. Kehadiran pemain ini mendapat pelbagai reaksi daripada peminat bolasepak Terengganu.
Ada yang menerima pemain ini dengan hati yang senang dan tidak kurang ada juga yang mempersoalkan kehadiran pemain ini ke dalam skuad penyu untuk musim baru ini. Namun apapun pemain di secara rasmi telah menandatangani kontrak sebagai pemain pinjaman TFC dari JDT.
Selepas sahaja menandatangani kontrak bersama pasukan Terengganu FC, pemain tengah ini mendapat suntikan semangat daripada pemain portugal Cristiano Ronaldo. Pemain bintang itu memberi kata-kata semangat kepada Liridon dengan mengharapkan yang terbaik untuk pemain itu.
Story yang dibuat oleh Liridon sebenarnya mendapat perhatian wargamaya dengan mereka mempersoalkan keshahihan ucapan tersebut.
Hal ini disebabkan oleh ada dikalangan peminat menyemak akaun instagram Cristiano namun story tersebut tiada dalam hari yang sama dimuatnaik oleh Liridon. Perkara itu terus menjadi pertikaian dikalangan peminat bolasepak tanah air.
Untuk makluman anda semua, kehadiran pemain ini sebenarnya ditentang sebahagian besar peminat bolasepak Terengganu selepas pemain ini tidak dapat membantu pasukannya sebelum ini.
Bukan itu sahaja pemain yang berasal dari Kosovo ini mempamerkan aksi hambar ketika dalam perlawanan persahabatan bertemu pasukan Chonburi FC sebelum ini. Ini menyebabkan peminat merasa meluat dengan pemain tersebut.
Walaupun apapun kebenarannya mengenai story yang dibuat oleh Liridon kami berharap agar pemain ini menaikkan mutu permainannya dan mampu kembali menyerlah dalam saingan Liga Super tempatan.
Pemain yang kini boleh beraksi buat skuad Harimau Malaya pasti diinginkan oleh peminat tanah air jasa dan tenaganya untuk membantu pasukan Malaysia kembali.
Liridon menurut peminat sudah hilang selepas sahaja menerima kerakyatan negara. Pemain ini seolah-olah tiada semangat untuk bermain bolasepak. Aksi hambar terus diberikan. Moga Terengganu mampu mengubah cara pemainan pemain ini dan secara tidak langsung menaikkan semangatnya kembali beraksi dengan baik.