Tidak mengsia-siakan pengalaman berkelana di Belgium sebelum ini, anak kelahiran Kelantan Luqman Hakim Shamsudin terus bersinar di Eropah.
Luqman berjaya membantu kelab barunya di Iceland pada minggu lepas dalam satu aksi persahabatan. Pemain berusia 20 tahun itu mencetak gol dalam kejayaan membenam pasukan Haukar FC.
Untuk makluman semua, Luqman atau lebih dikenali dengan gelaran Luqie sebelum ini berkelana ke pasukan KV Kortijk. Namun Luqie jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Luqie meneruskan kariernya dengan berhijrah ke pasukan Njardvik FC sebagai pemain pinjaman. Njardvik beraksi di divesyen 2 Liga Iceland.
Penghijrahan pemain ini mendapat pelbagai reaksi daripada peminat tanat air yang meminta agar pemain itu kembali ke tanah air. Ada yang mengatakan bahawa perpindahan pemain itu menyekat peluangnya untuk beraksi bersama pasukan negara.
Hal ini disebabkan pihak kejurulatihan sukar melihat perkembangan pemain ini. Namun nampaknya pertikaian dibuat oleh peminat tidak mematahkan semangat juang pemain muda ini.
Luqman berjaya menjaringkan dua gol peribadi dalam satu aksi perlawanan persahabatan Njardvik FC.
Luqie diberi ruang dan peluang oleh pengendali Njardvik untuk bersama kesebelasan utama pasukan. Kepercayaan diberikan oleh pengendali berjaya dibalas dengan cukup baik oleh pemain ini.
Jadi tidak hairan sekiranya pemain ini bakal diberi peluang sepenuhnya untuk menjadi pemain kesebelasan utama kelab tersebut untuk Liga yang akan bermula tidak lama lagi.