Dari tahun 2012, pelbagai revolusi dibawa oleh Tunku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Idris terhadap pasukan bolasepak Negeri Johor. Kini nama Johor Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai JDT dalam kalangan peminat tanah air sudah diberi perhatian oleh peminat antarabangsa.
Pelbagai kejayaan berjaya dilakar oleh pasukan ini. Juara 9 kali berturut-turut ini juga melahirkan ramai pemain bolasepak disegani termasuk barisan pegawai.
Terbaru seorang bekas pakar analisis skuad Johor Darul Takzim iaitu Haydee Agras berjaya menjadi salah seorang pegawai pegawai untuk pasukan di EPL.
Wanita ini pernah menjadi tumpuan peminat bolasepak tanah air apabila menjadi penganalisis pada perlawanan Johor Darul Takzim sejak 2019 sehingga 2022. Beliau yang tidak bersama dengan barisan kejurulatihan Johor Darul Ta’zim sepat menjadi pengulas jemputan untuk La Liga pada tahun lalu.
Haydee menjadi penganalisis jemput dari segi taktikal bersama radio Cadena Ser bagi perlawanan Celta Vigo bertemu Espanyol.
Kini Haydee akan bersama pasukan Brentford berdasarkan kepada muat naik terbarunya di dalam laman instagram. Menurut sumber, Haydee kini bertanggungjawab untuk membantu pengurus pasukan Brentford bagi mencorak kesebelasan Bees bagi beraksi dengan konsisten dalam beberapa perlawanan yang berbaki untuk musim ini.
Berdasarkan sumber juga mengatakan bahawa beliau tidak mengalami sebarang kesukaran dalam menyesuaikan dirinya di Stadium Gtech kerana buat masa ini ahli statistik taktikal Brentford (Bernardo Cueva) dan jurulatih penjaga gol turut mampu berbahasa Sepanyol.
Untuk pengetahuan peminat, Haydee sebelum ini meninggalkan pasukan Johor Darul Takzim selepas ketua jurulatih Benjamin Mora meletak jawatannya sebagai jurulatih di Johor DT. Antara kejayaan wanita ini bersama pasukan Johor DT adalah beliau berjaya membantu pasukan JDT memenangi Liga Super pada tahun 2019-2021 dan beliau turut membantu dalam kejayaan JDT memenangi Piala Malaysia (2019).
Kami mengucapkan tahniah diatas kejayaan Haydee menjadi salah seorang orang penting buat pasukan yang bermain di Liga Ingris, semoga beliau berjaya membantu pasukan Brentford untuk berada dalam kedudukan lebih baik pada musim ini.