Kelab Johor Darul Takzim sudah pasti menjadi destinasi yang paling diinginkan oleh kebanyakkan pemain bolasepak professional di Malaysia. Hal ini didorong dengan prestasi pasukan yang cukup baik di saingan tempatan dan Asia.u
Fasiliti jauh lebih baik dari mana-mana kelab di Malaysia. Dan tidak pernah ada masalah pembayaran gaji. Jadi tidak hairan kebanyakkan pemain mahu ke kelab ini.
Tetapi bagi mereka yang mendapat tawaran masuk ke kelab ini, itu bukanlah suatu perkara yang patut dibanggakan kerana mereka perlu memberikan sesuatu yang luar biasa agar mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Ada segelintir kecil pemain suram apabila tiba di Kelab Johor Darul Takzim. Mereka tidak dapat minit permainan. Ini disebabkan oleh terlalu ramai pemain berkualiti tinggi dalam skuad Johor DT.
Jadi akibat terlalu lama tidak mendapat minit permainan, ada di kalangan pemain kembali berhijrah ke kelab lain secara kontrak ataupun pinjaman.
Oleh itu, dapat kita lihat pada sesi ini dimana 6 pemain simpanan Johor DT telah digunakan dalam pertembungan diantara kelab Sri Pahang dan Negeri Sembilan. 3 bekas pemain Johor DT bersama dengan kelab Negeri Sembilan, manakala 3 lagi bersama Sri Pahang.
Jika dilihat dalam aksi tersebut, keenam-enam pemain yang diturunkan oleh jurulatih telah memberikan impak yang sangat besar buat pasukan masing-masing. Walaupun tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Johor Darul Takzim, pemain-pemain tersebut membuktikan bahawa mereka sebenarnya setaraf dengan pemain pasukan utama lain.
Hal ini menunjukkan kepada peminat di luar sana, bahawa persaingan di JDT sangat hebat dan latihan disana mempunyai intensiti yang tinggi sehingga semua pemain mampu bermain 90 minit tanpa masalah walaupun tidak mendapat minit permainan dalam mana-mana saingan.
Ada dikalangan jurulatih turut memuji bekas pemain Johor Darul Takzim kerana banyak membantu memberi impak yang tinggi kepada pasukan.