HomeSemasaAkhirnya Fathia Latiff Dedah Punca Sebenar Tak Puas Hati Sangat Dengan Aiman...

Akhirnya Fathia Latiff Dedah Punca Sebenar Tak Puas Hati Sangat Dengan Aiman Sampai Dendam Hingga ke Hari Ini

Pelakon Fathia Latiff menjelaskan provokasi netizen menjadi punca kepada tindakannya sejak awal minggu lalu.

Bercakap kepada BH Online, kata Fathia, dia sudah lama melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza yang sudah terlerai cinta sejak 2015.

” Saya dah lama lupakan Aiman, namun provokasi netizen jadi punca saya betul-betul meletup bila teringat semula pengkhianatan dilakukan.

” Perasaan geram dan bengang silih berganti terjah fikiran. Ya, saya hidup dalam dendam terhadap Aiman yang tak pernah berpenghujung,” katanya.

Aiman mempermainkan hati dan perasaan saya

Namun, tambah Fathia perasaan dendam terhadap Aiman tidak pernah surut kerana pernah mempermainkan hati dan perasaannya.

” Saya saja nak usik-usik manja. Saya tak berniat nak kacau rumah tangga Aiman dan Zahirah MacWilson.

” Saya sengaja nak sakiti dan kacau Aiman. Saya percaya jika Aiman dan Zahirah saling cinta kenapa nak ‘triggered’ dengan hantaran saya dalam Instagram.

” Ia sekadar gambar ‘throwback’ yang tak beri makna apa-apa buat saya.

” Saya berani letak gambar lama sebab saya sudah ‘move on’ dan langsung tiada perasaan terhadap Aiman.

” Cuma, perasaan dendam terhadap Aiman tak pernah surut disebabkan mempermainkan hati dan perasaan saya.

” Itu sahaja punca saya mendendaminya. Ia juga bukanlah sebab tak puas hati Aiman pilih berkahwin dengan Zahirah,” tambahnya.

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

ARTIKEL MENARIK ‘Kongsi Sebatang Berus Gigi, Tak Ada Duit Beli Susu Anak’ – Kisah Rosyam Nor Yg Tak Pernah Diceritakan

Takkan berpuas hati selagi Aiman tak minta maaf

Bintang jelita yang pernah mencetuskan fenomena menerusi drama Ariana Rose dan Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, Aiman juga menjadi puncanya berdepan depresi dan kesihatan mental.

” Hanya saya sahaja tahu apa yang dilalui bersama Aiman dulu. Hati saya banyak terluka selama lima tahun bersamanya.

” Sampai hari ini saya tak pernah maafkan Aiman. Bayangkan sudah sembilan tahun berlalu, namun saya masih hidup dalam kesakitan.

” Mungkin sampai tutup mata pun saya terus sakit.

” Saya juga takkan berpuas hati selagi Aiman tak minta maaf,” katanya yang kini sedang bercuti di Osaka, Jepun selama dua minggu.

Wanita kacukan Melayu, Indonesia dan Arab itu berkata, dia akan terus menganggap Aiman sebagai musuh selagi tiada kemaafan.

” Saya memang seorang pendendam. Energi dendam membuak-buak bila terima provokasi.

” Saya dah tak ingat Aiman, tetapi tiba-tiba datang rasa bengang bila kisah lama diungkit semula,” katanya.

“Saya tak cakap dia hodoh” – Fathia

Dalam pada itu, Fathia Latiff menegaskan kenyataannya menyamakan rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik atau pembantu rumah bukan satu masalah.

Malah, tegas Fathia, dia tidak menyifatkan fizikal bibik sebagai individu yang tidak memiliki rupa paras yang jelita.

” Saya hanya jujur, dia nampak macam bibik. Ada bibik yang cantik, saya tak rasa pun itu satu masalah.

” Saya tak cakap pun dia (Zahirah) hodoh, saya cuma cakap dia nampak macam bibik dan ada juga yang bersetuju,” katanya yang difahamkan merujuk kepada Zahirah.

ARTIKEL MENARIK ‘Bayaran Lepas Duit Rokok Nak Buat Apa? Siapa Nak Bagi Saya Makan?’ – Luahan Terkini Salih Yaakob

ARTIKEL MENARIK “Bayangkan Berlaku Masa Live, Nak Stop Tak Boleh” – Baggio Damasutra Takkan Lupakan Insiden Itu

ARTIKEL MENARIK “Saya Tiada Pilihan Lain” – Lan Zailan Jual Kereta Kesayangan Kerana Tiada Tawaran Berlakon

Fathia dalam temu bual bersama Caprice menerusi sebuah podcast baru-baru ini turut menyatakan pendiriannya terhadap perkongsian di media sosial.

” Apabila kita memuat naik hantaran di media sosial, kita hanya berkongsikannya.

” Kita tak fikir atau peduli pun apa atau macam mana orang fikir apabila kita berkongsi di media sosial. Saya cuma mengekspresikan diri saya, tak salah pun.

” Malah mengikut undang-undang pun saya tak bersalah,” tegasnya.

Malah, Fathia memberitahu dia sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan dengan pakar psikiatri berhubung kesihatan mental.

” Saya tak perlukan kawan, ya saya ada berjumpa pakar psikiatri (baru-baru ini) dan mereka kata saya okey, cuma saya sedikit stress. Itu saja.

” Saya buat medical check up termasuk mental health,” jelasnya lagi.

Sumber:gempak

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments