” Takdir Allah itu cantik buat saya.”
Itu luahan komposer berkaliber, Saari Amri, 57, yang bersyukur kepada Allah apabila dikurniakan tahap kesihatan yang baik sehingga kini.
Menurut Saari, beliau tidak pernah sakit teruk selepas pulih sepenuhnya akibat kmalangan motosikal berkuasa tinggi dialami kira-kira 28 tahun lalu.
” Bayangkan, sudah 28 tahun tragedi ngeri kmalangan itu berlalu.
” Namun dari saat saya diberi kesembuhan oleh Allah sampailah sekarang, saya sentiasa sihat dan tak pernah sakit.
” Alhamdulillah, pada usia sekarang ini saya amat bersyukur kerana dilindungi Allah daripada penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, kencing manis (diabetes) dan sebagainya.
” Malah, saya diberi pula rezeki boleh membantu merawat pesakit diabetes,” katanya kepada Harian Metro.
Saari turut berkongsi kmalangan motosikal dialami pada November 1996 itu banyak memberi iktibar dan peringatan dari Allah buatnya.
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Anak Yang Tak Diinginkan’ – Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan Didera Waktu Kecil
ARTIKEL MENARIK Rating Dikatakan Menurun, Sekali Tyzo Tunjuk Data Sebenar. Mungkin Bakal Buat Bos Suria FM Terdiam Terus
ARTIKEL MENARIK ‘Biarlah Orang Nak Kata Apa’ – Bekas Gitaris Olan Kini Kerja Kutip Sampah, Tak Kisah Diperlekeh
” Selepas ditimpa ujian kmalangan itu, barulah saya belajar dan faham, siapa yang akan betul-betul jadi kawan kita.
” Bermuhasabah diri dengan kehidupan dan perancangan Allah itu sangat baik.
” Sejujurnya, diri saya ini umpama ‘mati hidup semula’.” ujar Saari.
Sekumpulan tentera menderma darah kepada Saari
Saari berkata, walaupun dalam badannya kini adalah darah yang pernah didermakan oleh sekumpulan tentera, namun Allah memberi rezeki kesihatan yang baik buatnya.
” Akibat kmalangan itu, doktor kata saya sudah meninggal dunia kerana darah dalam badan ketika itu sudah beku. Jadi, memang tiada harapan hidup.
” Tapi, takdir Allah untuk saya sangat cantik apabila saya mendapat darah yang didermakan sekumpulan anggota tentera.
” Maka, saya masih ‘bernyawa’ hingga kini dengan darah baru yang didermakan itu,” katanya.
Menurut Saari, perwatakan dirinya yang dulu seorang pendiam dan pemalu, diakui berubah sepenuhnya menjadi sangat peramah, mesra, selamba dan ‘cakap lepas’ kepada orang yang kurang beradab.
” Apapun, saya bersyukur Allah masih berikan bakat mencipta lagu kepada saya, keluarga bahagia dan kehidupan yang tenang.
” Alhamdulillah, pada usia sekarang ini saya amat bersyukur kerana dilindungi Allah daripada penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, kencing manis (diabetes) dan sebagainya.
” Malah, saya diberi pula rezeki boleh membantu merawat pesakit diabetes,” katanya kepada Harian Metro.
Saari berkata, dia juga tidak mengenakan sebarang bayaran pada rawatannya kerana diberi secara percuma sebagai memenuhi niat mahu menyumbang semula kepada masyarakat.
” Banyak yang masyarakat beri pada saya dengan menerima baik lagu-lagu dicipta dan hingga sekarang diminati ramai. Bukan saja di radio, tapi platform media sosial dan digital seperti YouTube sangat membantu.
” Saya juga masih ada ilham buat lagu sampai sekarang dan dalam simpanan, sudah mempunyai 1,000 koleksi lagu untuk dinyanyikan oleh penyanyi yang berminat sebab saya pun tidak meletakkan harga yang tinggi.
” Bagi mereka yang minat menyanyi dan inginkan lagu saya untuk dirakamkan, boleh berjumpa dan berbincang.
” Cuma, lagu-lagu saya tetap sentuhan yang sama macam dulu, tidak berubah,” katanya.
ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Jadi Hero, Setelah Lama Menyepi, Pelakon Ini Sekarang Jadi Pemandu Grab
ARTIKEL MENARIK ‘Dulu Gaji Saya Puluhan Ribu…’ – Sembilan Tahun Menyepi, Faizal Ismail Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu
Saari yang popular pada era 1990-an, pernah dikenali dengan lagu ciptaannya seperti Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays), Butakah Cinta (Spring), Suci (May), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam) dan banyak lagi.
Pada November 1996 lalu, Saari mengalami kmalangan motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati ditunggangnya di simpang lampu isyarat dan berdekatan sebuah hotel di Ampang sehingga dia merempuh sebuah lori.
Menurut Saari, dia koma dan menerima rawatan selama 21 hari di hospital dan akuinya apa yang dilalui itu umpama ‘mati hidup semula’.
Menurutnya, dia juga tidak kisah apabila masih berhadapan dengan tanggapan segelintir masyarakat yang mendakwa dirinya mengalami masalah mental akibat kmalangan itu.
ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio
ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta
ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang