Motif Sebenar Kenapa Bella Dibunuh
Mhkamah Majistret Batu Pahat di sini hari ini menjadi tumpuan ramai apabila suspek utama kes bunvh Bella akan didakwa.
AhIi keluarga, rakan-rakan bella atau Mora Sharmila Samsusah itu memenuhi perkarangan mahkamah pagi ini dengan membawa plakad bertulis ‘Keadilan Untuk Bella’ dan ‘Apa Dosa Bella Sehingga Dibunuh Dengan Kejam’.
Saspek utama kes bunvh ibu tunggal anak dua tiba di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Saspek tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.20 minit pagi dengan dikawal ketat dan bergari oleh polis.
Bagaimanapun suspek yang berpakaian kurta hijau lembut kelihatan tenang sebaik tiba di mahkamah.
Selain itu, hari ini juga keluarga Bella yang sebelum ini yang turut menunggu suspek di luar perkarangan mahkamah dikatakan telah bergerak ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses menuntut jenazah yang disahkan milik Bella.
Motif pembunvhan
Motif pembunvhan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah, 32, adalah disebabkan cemburu dan sakit hati.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata motif berkenaan dikenal pasti hasil siasatan menyeluruh dilakukan polis.
” Motif pembunvhan Bella ini adalah kerana kes cemburu dan sakit hati.
” Kes bunvh ini mesti mempunyai motif. Daripada motif itulah kita akan memulakan dan dapat bayangan siasatan kita.
” Jadi inilah motif yang kita dapat tahu menerusi siasatan dibuat,” katanya.
ARTIKEL MENARIK Tiada Harapan Untuk Hidup, Takdir Allah, Saari Amri Mendapat Darah Yg Didermakan Sekumpulan Tentera
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Anak Yang Tak Diinginkan’ – Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan Didera Waktu Kecil
ARTIKEL MENARIK Rating Dikatakan Menurun, Sekali Tyzo Tunjuk Data Sebenar. Mungkin Bakal Buat Bos Suria FM Terdiam Terus
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Terdahulu, Razarudin menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di IPK Johor.
Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi bersama teman lelakinya.
Kehilangan Bella yang mempunyai dua anak, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon dihantar kakaknya, Norhisham, tidak dijawab.
Polis kemudiannya menahan teman lelaki Bella berusia 24 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan turut menahan dua lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan Bella bagi membantu siasatan.
Jumaat lalu, rangka seorang wanita ditemukan di sebuah rumah terbiar Batu 7, Tongkang Pechah, selepas suspek ditahan sebaik tiba di tanah air selepas menunaikan umrah bersama keluarga.
Semalam, Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dilaporkan mengesahkan rangka yang ditemukan itu adalah Bella hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat.
Ditanya mengenai punca kematian Bella, Razarudin berkata, ia disebabkan keretakan di kepala akibat objek tumpul.
Mengenai dakwaan netizen yang tular di media sosial kononnya Bella mengandung, beliau berkata hanya laporan bedah siasat menyeluruh yang dapat menentukan perkara itu.
” Disebabkan kita jumpa rangka sahaja, perkara itu tidak dapat disahkan.
” Sama ada mangsa mengandung atau tidak, itu atas ‘post mortem’. Hasil laporan bedah siasat menyeluruh akan menentukannya,” katanya.
“Pembunvh, pembunvh!”
” Pembunvh, pembunvh!” itu teriakan didengari selepas teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunvh wanita itu.
Mohammad Haikal memakai baju Melayu hijau, diiringi dengan kawalan ketat anggota siasatan jenayah sebelum dibawa menaiki kenderaan polis.
Kakak kepada Bella, Norhisham Samsusah, 36, tidak dapat mengawal emosi ketika keluar dari mahkamah sebaik prosiding pertuduhan membunvh dikenakan terhadap lelaki itu.
ARTIKEL MENARIK ‘Biarlah Orang Nak Kata Apa’ – Bekas Gitaris Olan Kini Kerja Kutip Sampah, Tak Kisah Diperlekeh
ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Jadi Hero, Setelah Lama Menyepi, Pelakon Ini Sekarang Jadi Pemandu Grab
Ibu Bella kelihatan mengurut dada sambil beristighfar
Pada masa sama, ibu Bella, Noraini Salleh, 55, kelihatan mengurut dada sambil beristighfar dengan wajahnya dalam keadaan sayu dan sedih.
Sementara itu, bapa saudara Bella, Nor Azhar Jamil, 55, berkata dia mewakili keluarga anak saudaranya itu mahukan keadaan bukan sahaja ditegakkan tetapi pasti ditegakkan.
Katanya, ia bagi membolehkan Bella atau nama sebenar Mila Sharmilah Samsusah, mendapat keadilan dalam penganiayaan yang berlaku terhadap dirinya.
” Kami berterima kasih pada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan supaya siasatan bagi pihak keluarga Bella dijalankan selepas kehilangannya.
” Selepas selepas 36 hari, rangka ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan hari ini (hari ke-41), orang disyaki dengan kehilangan Bella akhirnya dihadapkan ke mahkamah.
” Jenazah Bella akan dituntut di HSI (Hospital Sultan Ismail) Johor Bahru dan akan dibawa pulang ke sini untuk disolat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya,” katanya.
ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio
ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta
ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang
Sumber: hmetro, malaysiagazette