HomeSemasa'Dulu Gaji Saya Puluhan Ribu...' - Sembilan Tahun Menyepi, Faizal Ismail Dedah...

‘Dulu Gaji Saya Puluhan Ribu…’ – Sembilan Tahun Menyepi, Faizal Ismail Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu

Dulu, namanya begitu sinonim dengan kepetahan dan jenaka yang menghiburkan jutaan pendengar radio setiap hari. Namun, seperti halnya segala yang berubah yang menyaksikan babak baru dalam kehidupan buat insan bernama Faizal bin Ismail.

Pihak sinar2u menggali lebih jauh, menyelusuri perjalanan setelah era kegemilangan beliau, dan mendedahkan sisi kehidupan terkini yang jarang diketahui peminat setianya.

Beralih tumpuan mendalami bidang keagamaan dan kerohanian, pengacara dan bekas penyampai radio Era dan Hot FM ini menganggap dirinya kini lebih tenang dan menghargai setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT meski mungkin tidak dilihat kaya seperti dahulu.

Menurut Faizal, 47, pandangan dan pemahaman kaya itu sendiri kini sudah berubah dan membawa pengertian yang berbeza pada dirinya sejak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam setiap apa yang dilakukan.

” Ia sebuah fasa yang berbeza, tak macam dulu yang menyaksikan saya terarah pada bidang hiburan sebagaimana yang orang tahu.

” Tapi, saya tetap bersyukur dan tak lagi ‘meminta-minta’ peluang ‘job’ macam dulu.

” Demi kekalkan istiqamah dengan Allah SWT saya fokus undangan sebagai moderator forum dan tetamu jemputan.

” Dulu, gaji puluhan ribu pun rasa tak cukup-cukup. Malah, nak pakai kereta apa, saya dapat saja.

” Memang daripada segi wang tunai tak banyak macam dulu, tapi rezeki saya sekarang tak putus. Sedikit tapi berterusan.

” Daripada situ, saya dah tak meminta-minta,” katanya yang mengakui menjana pendapatan melalui undangan forum di surau dan masjid ketika itu.

ARTIKEL MENARIK ‘Gaji Saya Tak Sampai RM10k’ – Dedah Kisah Lama, Tak Sangka Begini Keadaan Linda Onn Sekarang

ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

ARTIKEL MENARIK Akhirnya Fathia Latiff Dedah Punca Sebenar Tak Puas Hati Sangat Dengan Aiman Sampai Dendam Hingga ke Hari Ini

Ada rumah sampai 3 buah, tapi tak boleh tidur nyenyak

Selain itu, Faizal mengaku, sebelum ini, dirinya terlalu mengejar kemewahan di dunia dan kerana mahu memenuhi tuntutan kerjaya, dia sering tercicir dalam menjaga hubungannya dengan Maha Pencipta.

Katanya, dia juga pernah bertemu dengan pengamal perubatan alternatif tradisional sebelum ini gara-gara sering tidak berasa tenteram dan sukar tidur sehingga berbulan-bulan lamanya.

” Bayangkan keperluan hidup saya seisi keluarga secara bulanan cecah belasan ribu.

” Sebulan saya kena jana pendapatan sekurang-kurang RM12,000 hingga ke RM14,000.

” Saya pernah memiliki sampai dua, tiga buah rumah. Tapi bila nak tidur tak boleh pejamkan mata, doktor juga sahkan tiada masalah dalam darah atau jantung.

” Ustaz-ustaz yang merawat berkata ada sesuatu yang mengganggu, saya pun tak nak ulas lebih mengenai hal itu. Simpan sendiri saja,”katanya.

Kehidupan terbaru Faizal Ismail

Kini, selepas sembilan tahun meninggalkan dunia penyiaran, Faizal telah kembali bergelar penyampai radio mengendalikan segmen pagi di stesen Zayan FM bersama Mawi dan Anas sejak 2022.

Kata Faizal, dia menerima sebanyak lima tawaran daripada pelbagai stesen radio selepas menamatkan perkhidmatan di Hot FM pada tahun 2013.

Namun, hatinya terbuka untuk kembali bergelar penyampai radio selepas menilai kandungan Zayan berbentuk Islamik dan perkongsian ilmu menarik di stesen berkenaan.

Selepas tamat perkhidmatan dengan stesen radio sebelum ini, saya membuat keputusan untuk bekerja sendiri dan sepanjang tempoh itu ada lima stesen radio menawarkan saya kerja.

” Dua tahun lalu saya mula berhijrah ke jalan yang lebih dekatkan kepada agama dan disebabkan itu saya melihat stesen radio Zayan adalah sebuah tempat yang sesuai untuk saya kembali.

” Kandungan di Zayan bukan sekadar hiburan, sebaliknya lebih kepada perkongsian ilmu.

” Justeru secara tidak langsung ini adalah cara untuk saya menyampaikan dakwah dengan lebih santai,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

ARTIKEL MENARIK ‘Kongsi Sebatang Berus Gigi, Tak Ada Duit Beli Susu Anak’ – Kisah Rosyam Nor Yg Tak Pernah Diceritakan

Faizal memaklumkan dia bersetuju mengikat kontrak selama empat minggu dan tidak menolak untuk terus aktif sebagai penyampai di stesen berkenaan.

Sementara itu, Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI menafikan dia menerima tawaran ini disebabkan bayaran tinggi.

” Setakat ini saya hanya bertugas untuk empat minggu sahaja kerana terikat dengan komitmen kerja lain.

” Bagaimanapun jika diberi peluang saya terbuka dan InsyaAllah ini adalah tanda comeback dalam bidang penyiaran radio.

” Saya bekerja bukan kerana wang. Memanglah ia penting, namun bukan faktor utama.

” Saya tidak meminta gaji seperti di stesen sebelum ini dan ia tidak lebih berbanding apa yang saya dapat dahulu.

” Faktor utama saya menerima adalah selepas melihat perjuangan mereka,” ujarnya.

Sumber: mstar, utusan

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments