Menjelang aksi Liga Super 2023 minggu ke-7, pertemuan Johor Darul Takzim bertemu Perak dijangka mudah buat kelab Selatan tanah air itu apabila Perak kini sedang bergelut dalam mempamerkan aksi terbaik mereka.
Hal ini disebabkan Perak tunduk 1-3 ditangan pasukan Penang baru aksi minggu ke-6 manakala pasukan Johor Darul Takzim nampaknya terus mempamerkan aksi cemerlang mereka. Johor Darul Takzim bukan sahaja menang tetapi berjaya mengalahkan lawan dengan jaringan besar.
Terbaru pasukan Sabah menjadi mangsa JDT dengan kekalahan 4-0. Walaupun begitu, pemain import Johor DT nampaknya tidak mahu memandang mudah aksi bertemu Perak akan datang. Menurut pemain hadapan Fernando Forestieri mengatakan pasukan Perak bukan pasukan yang lemah dan patut dipandang remeh.
Pasukan yang dibimbing oleh Datuk Lim Teong Kim itu pasti ingin membuat kejutan dan mahu bangkit selepas 6 perlawanan dengan hanya mendapat 5 mata selepas 1 kemenagan dan dua seri.
Jadi Forestieri mahu rakan-rakannya yang lain terus memberikan komitmen yang tinggi dan tidak mahu mereka leka ketika bertemu pasukan Perak. Perak pasti akan membuat kejutan di hadapan penyokong mereka dan mereka pasti akan menunjukkan corak permainan yang berbeza.
Jadi menurut Forestieri mereka akan membuat persiapan yang mantap dan menghormati pasukan Perak FC. Tambah pemain ini, kebanyakkan pasukan mahu menundukkan pasukan Johor Darul Takzim. Mereka pasti mahu beraksi dengan 200% dalam usaha menutup peluang JDT meraih kemenangan.
Pemain import ini berjaya mendapatkan 6 jaringan pada musim ini dengan yang terkini berjaya menjaring gol ketika bertemu pasukan Sabah.
Untuk makluman semua, Johor Darul Takzim berjaya mendapat 6 kemenangan selepas 6 perlawanan. Mereka berjaya memperolehi 18 mata dengan 25 jaringan gol berjaya dihasilkan sepanjang Liga Super ini.
Manakala pasukan Perak pula hanya mendapat 1 kemenangan dengan 2 seri selepas 6 perlawanan. Mereka bolos 10 kali dengan hanya berjaya menjaringkan 4 gol sahaja.