Kedudukan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus menjadi tanda tanya.
Ramai dikalangan peminat bolasepak tanah air berpendapat bahawa TMJ akan menduduki posisi sebagai pengurus pasukan Harimau Malaya.
Namun dalam satu bayangan terbaru yang dibuat oleh baginda Tunku Mahkota Johor, beginda akan terlibat secara langsung dalam Persatuan Bolasepak Tanah air bukan lagi sebagai seorang manager, tetapi lebih daripada itu.
Menurut kapsyen yang dibuat naik oleh baginda sendiri “Not a manager… more than a manager”. Bukan hanya sebagai seorang manager (pengurus), tetapi lebih daripada seorang pengurus” – tulisnya ringkas.
Kapsyen itu ditulis semasa TMJ memegang baju kuning bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.
Tidak itu sahaja, menerusi posting yang lain, Tunku Ismail juga sempat memuat naik sebuah klip baginda turun daripada sebuah kereta Aston Martin DBX 707 berwarna kuning yang melambangkan pasukan Harimau Malaya dengan kapsyen ringkas iaitu, March, HM.
Dalam kedua-dua entri yang dimuatnaik di Story Instagramnya itu, TMJ turut meletakkan tanda pagar dengan kata-kata “Whatcanyoudo” yang mana ada dikalangan peminat berpendapat bahawa perkara itu merujuk kepada apakah projek baharu yang ingin dilaksanakan oleh baginda.
Untuk pengetahuan semua,peminat kelab Johor Darul Takzim itu sudah beberapa memberi isyarat akan melaksanakan satu projek dengan memasukkan gambar 2 orang pemain Johor DT iaitu Arif Aiman dan Syamer Kutty.
Baru-baru ini, Tunku Ismail telah memberikan ruang untuk pasukan Harimau Malaya menggunakan Stadium Keramat Johor Darul Takzim, iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebagai venue perlawanan memandangkan Stadium Bukit Jalil dalam proses naik taraf rumput.
Sekiranya benar TMJ akan kembali bersama menerajui Harimau Malaya, semoga pasukan Malaysia berjaya mendapat keputusan yang positif di kejohanan Piala Asia 2023 nanti di Qatar.
Kita juga berharap agar ada perkembangan positif dalam 2 perlawanan persahabatan bertemu pasukan Turkmenistan pada 23 Mac nanti dan Hong Kong pada 28 Mac tahun ini.