Camelia
Nama penyanyi Camelia sudah tidak asing lagi terutama kepada peminat yang membesar pada zaman hujung 90an.
Biarpun sudah tidak bergiat aktif dalam industri hiburan, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Padanya, namanya sentiasa menjadi sebutan.
Penyanyi yang kini memegang ‘title’ Datin Seri ini juga merupakan antara penyanyi wanita paling cantik di Malaysia dan pernah tersenarai 50 wanita tercantik di dunia.
Camelia pernah mengejutkan industri apabila berjaya menewaskan nama-nama besar sewaktu bertanding didalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-5.
Selaku pendatang baru waktu itu, beliau memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) sekaligus menewaskan pencabar lain seperti Ning Baizura, Safura, Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.
Pun begitu, karier nyanyian beliau tidak panjang kerana beliau memilih untuk bersara dan fokus kepada keluarga.
ARTIKEL MENARIK Biodata Dan 10 Profil Menarik Aina Abdul, Pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL 3 Tahun Berturut-Turut
ARTIKEL MENARIK ‘Hutang Keliling Pinggang, Aku Dh Tak Sanggup!’ – Pernah Putus Asa, Ini Profil Amir Jahari Yg Tak Ramai Tahu
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Penyanyi Shawn Baharin? Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Kekal cantik di usia menginjak 50 tahun!
Namanya kembali tular apabila melakukan kejutan apabila membuat persembahan nyanyian di Istana Negara pada tahun 2022 bersama Bob.
Paling mencuri perhatian foto terbaru menampakkan Camelia masih berketrampilan anggun dan jelita biarpun usianya menginjak 50 tahun.
Namun Camelia menolak tanggapan melakukan ‘comeback’ atau mahu aktif semula dalam bidang muzik selepas 15 tahun menyepi.
Camelia atau nama sebenar, Dayang Nur Camelia Abang Khalid, 50, menjelaskan, dia masih suka menyanyi, namun, tidak lagi aktif.
” Soal ‘comeback’ bukan isunya di sini.
” Saya tidak pernah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia nyanyian. Cuma, sejak berkeluarga, saya tidak lagi aktif menyanyi.
” Buat masa ini, apa yang boleh dikatakan, insya-Allah saya ke arah itu (kembali aktif menyanyi).
” Cuma, saya tidak mahu berjanji hal yang belum pasti,” katanya kepada BH Online.
Camelia yang pernah meraih trofi Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998, kembali diperkatakan apabila video memaparkan dirinya dan penyanyi, Bob Yusof menjayakan projek kolaborasi khas, Simfoni Tuanku ciptaan Sharnaz Saberi, dimuat naik di TikTok.
Dalam satu rakaman video itu, Camelia dilihat berjalan bersama Bob manakala klip lain menampakkan mereka sedang berduet.
Rata-rata netizen memuji kejelitaan Camelia yang seolah tidak dimamah usia.
ARTIKEL MENARIK Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
Malah, perkongsian jurusolek, Khir Khalid yang menata rias Camelia dan muat naik fotonya di Instagram (IG) juga diperkatakan peminat yang rindukan penyanyi itu.
Camelia yang pernah tersenarai dalam 100 wanita tercantik di dunia memberitahu, keinginan menyanyi kembali bertitik tolak daripada impian arwah ayahnya.
Namun, insan tersayang, Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki menghembuskan nafas terakhir pada 4 Februari lalu.
” Sebelum bapa pergi, beliau ada memasang impian melihat saya menyanyi lagi. Tetapi tidak berkesempatan… Tuhan lebih menyayanginya.
” Kebetulan tawaran berduet dengan Bob dalam projek istimewa untuk Sarawak datang, itu yang membuatkan hati saya tergerak menerimanya.
” Tambahan pula, saya mendapat keizinan suami,” katanya yang mula aktif sejak 1997.
Profil, perkahwinan dan kehidupan terkini
Datin Seri Dayang Nur Camelia binti Tan Sri Abang Khalid dilahirkan pada 20 Jun 1974 di Kuching, Sarawak.
Selain menyanyi, Camelia juga merupakan seorang model dan pengacara Casa Impian di Astro Ria dari 1998 sehingga 2006.
Nama timangan Camelia adalah Mimie.
Sepanjang penglibatannya bergelar penyanyi, beliau sempat menghasilkan 6 buah album penuh (1997 – 2003).
Beliau pernah menjadi “ikon fesyen” Malaysia dan juga menjadi duta kepada beberapa produk-produk global termasuklah L’Oréal, Wacoal, Epson, Pantene dan Omega SA.
Beliau pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce sehingga perceraian mereka pada tahun 1999.
Setelah itu, beliau berkahwin dengan Datuk Seri Akhbar Khan pada tahun 2010, dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aisha Asmara Khan, 14.
Sekadar info, suami Camelia merupakan seorang pemaju tempatan terkenal dan memegang jawatan pengerusi di Bandar Raya Development Bhd (BRDB).
Camelia kini fokus kepada rutin sebagai isteri dan mengurus rumah tangga selain melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan.
ARTIKEL MENARIK Disangka Janda Sbb Tak Pernah Nampak Gambar Bersama Suami. Pelakon Dian P Ramlee Akhirnya Dedah Siapa Suami Dia!
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun
Sumber: bharian, malaysialife