HomeSukanSafawi bakal kembali, Tetapi bukan bersama JDT

Safawi bakal kembali, Tetapi bukan bersama JDT

Umum peminat mengetahui bahawa buat masa ini pemain sayap Harimau Selatan, Safawi Rashid sedang bermain bersama kelab Ratchaburi FC di Thailand sebagai pemain pinjaman.

Safawi Rashid bersama kelab Liga 1 Thailand itu sebagai pemain pinjaman selepas kurang mendapat tempat bersama kelab Johor Darul Takzim. Setibanya Safawi di Thailand,dia mendapat kepercayaan jurulatih The Dragons apabila dia sering mendapat tempat bersama pasukan tersebut.

Perpindahan pemain ini ke Liga 1 Thailand sudah pasti bertujuan untuk memberikan pemain muda negara ini minit permainan selepas aksinya semakin merundum di JDT.

Sepanjang perhijrahannya ke Kelab Ratchaburi, Safawi telah diberikan peluang sebanyak 5 kali bagi saingan Liga Thailand dan satu kali Piala Thailand. Sentuhannya sedikit sebanyak sudah kelihatan dan ini akan membuka kembali mata peminat dan kelab tempatan untuk mendapatkan khidmatnya.

Safawi juga berharap agar sekembalinya dia dari Thailand, mutu permainannya akan kembali baik dan sentuhannya semakin tajam.

Terbaru, Safawi ada dikaitkan dengan kelab Kedah FC selepas satu hantaran di Insta Story milik pemain tersebut. Kedah dikatakan berminat untuk membaw Safawi Rashid dalam masa terdekat.

Menurut sumber, dalam hantaran yang dibuat oleh Safawi mengatakan bahawa bekas pemain Terengganu Fc itu memuat naik satu panggilan video bersama adiknya dengan mengatakan jumpa tidak lama lagi. Teruskan perjuangan.

Ini secara tidak langsung mengambarkan bahawa pemain Harimau Malaya itu berkemungkina besar akan berhijrah ke kelab Kedah FC tdak lma lagi berdasarkan kapsyen tersebut yang merujuk adiknya kini bersama kelab liga simpanan bawah 23 tahun Kedah Fc.

Namun begitu, perkara ini adalah andaian yang dibuat oleh peminat bolasepak tanah air dan wartawan. Tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kelab Kedah FC mahupun Safawi Rashid.

Tetapi saya yakin semua peminat berharap agar Safawi terus meningkatkan prestasinya agar dapat membantu pasukan negara yang akan bersaing di kejohanan Piala Asia tidak lama lagi.

Safawi antara tunjang utama pasukan negara dalam kelayakkan sebelum ini. Kepakaran dan khidmatnya sudah pasti ditagih seluruh peminat.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments