Shahrul Ekamatra
” Apa yang membuatkan saya lebih teruja apabila melihat pemain gitarnya..”
Itu perkongsian Man Kidal yang memberi pujian melangit terhadap pemain gitar kumpulan rock terkenal era 90-an, Shahrul Ekamatra.
Menerusi temubual yang yang tular di media sosial itu, Man Kidal menganggap Shahrul mempunyai kebolehan bermain gitar luar biasa biarpun usianya pada ketika itu cuma 16 tahun.
” Untuk saya Ekamatra, secara peribadi lagunya memang bagus.
” Tapi apa yang membuatkan saya lebih teruja apabila melihat pemain gitarnya.
” Saya amat terperanjat, bakat bermain gitar Shahrul memberi saya satu kejutan dan menyentuh hati saya.
” Lagu dah bagus, tapi melodi gitarnya sangat dewasa walaupun usianya ketika itu baru 16 tahun.” kata Man Kidal.
Mungkin Man Kidal merujuk kepada lagu Pusara Di Lebuhraya dan bagaimana seorang pemuda yang baru berusia 16 tahun mampu mencipta solo gitar sebegitu hebat.
ARTIKEL MENARIK ‘Tak Mengapa Dia Sudah Dilepaskan Kerana Dia Lepas di Dunia, Esok di Akhirat Menjawablah’ – Bapa Along Spoon
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search
Shahrul berhak dapat lebih perhatian
Tidak dinafikan, kehadiran Shahrul mengejutkan industri muzik tanah air kerana bakat luar biasanya menghasilkan melodi gitar meskipun ketika masih bersekolah menengah.
Solo ‘berhantu’ menerusi lagu Pusara Di Lebuhraya dikatakan antara yang terbaik pernah dihasilkan dan kekal diminati sehingga ke hari ini.
Hal ini telah meletakkan beliau sebagai salah seorang gitaris terbaik yang ada di Malaysia pada masa kini sebaris dengan gitaris berbakat besar yang lain seperti Joe Wings, Kid Search, Man Kidal, Hillary, Izo XPDC, Shah Slam dan lain-lain lagi.
Namun rata-rata peminat rock era 90-an percaya Shahrul berhak mendapat perhatian dan penghargaan atas kebolehan beliau.
Ini kerana sering dilihat ‘sessionist’ yang selalu memainkan lagu Ekamatra dalam program hiburan TV, kenapa tidak panggil sahaja Shahrul bermain sendiri???
Bukankah lebih bagus mengundang gitaris ‘original’ daripada sessionist yang hanya tahu bermain lagu orang lain dan tidak tahu mencipta lagu atau melodi sendiri.
Gambar: Shahrul Ekamatra, berdiri dua dari kanan.
Profil Shahrul Ekamatra yang ramai tak tahu
Md Shahrulhadi Salilholdin@Salilhaldin atau lebih dikenali sebagai Shahrul Ekamatra dilahirkan pada 12 Jun 1972 (umur 52) di Batu Pahat dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor.
Beliau merupakan pemain gitar utama kumpulan Ekamatra yang mula menempa nama setelah menjuarai pertandingan Juara Rock Johor dan Juara Rock Johor Tengah sekitar tahun 1986 hingga tahun 1988.
ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang
Beliau juga adalah abang kepada pemain gitar kedua kumpulan Ekamatra iaitu Md Nurulazman atau lebih dikenali sebagai Nurul.
Gambar: Shahrul (kiri), Nurul (kanan)
Ini menjadikan Ekamatra salah satu daripada tiga kumpulan rock 80-an di Malaysia yang mempunyai gitaris adik-beradik selain Search (Kid dan Din) & Mega (Adie dan Sam).
Anak kepada penyanyi Pop Yeh Yeh 60-an
Shahrul dan Nurul juga merupakan anak kepada pasangan berdarah seni yang sama-sama menganggotai kumpulan muzik pop yeh yeh 60-an, De’ Fictions iaitu Sallehudin atau S. Dina (gitar utama) dan A. Nandong (vokalis).
Bersama-sama dengan Ekamatra, Shahrul mempunyai sebuah album killer bernama Satu Tekanan Irama dengan menampilkan permainan gitar yang sangat profesional seperti permainannya dalam lagu Ekamatra Instrumental, Pusara Di Lebuhraya, Hanya Satu Persinggahan, Mimpi Fantasi, dan Sentuhan Kecundang.
Kebanyakan lagu-lagu dalam album Satu Tekanan Irama dicipta oleh ahli kumpulannya sendiri terutamanya Shahrul dan Rahmat.
Tidak lama kemudian, kumpulan Ekamatra telah berpecah dan beliau bersama dengan adiknya Nurul dan pemain bas, Pacai telah menubuhkan Kumpulan Eka dengan kesemua lagu didalam album pertama mereka iaitu Kelahiran (1992) dicipta oleh ahli kumpulannya sendiri terutamanya Shahrul.
Gambar: Eddrie Hashim, Shahrul Ekamatra dan Achid Ekamatra
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Shahrul pernah menghasilkan sebuah album solo gitar bertajuk Transfigurasi pada tahun 1995.
Album tersebut menyerlahkan lagi kehebatan Shahrul dalam permainan gitar sebaris gitaris legenda tanah air walaupun usianya baru menjengah 20’an.
Beliau juga kerap mengendalikan kelas-kelas untuk peminat yang ingin mempelajari teknik bermain gitar.
Shahrul seringkali menjadi pilihan penyanyi-penyanyi ternama untuk mengiringi persembahan pentas.
Beliau juga kerap menjadi sessionist dan juga penggubah lagu.
Kini, Shahrul dilihat beberapa kali tampil mengiringi persembahan penyanyi selain membuat persembahan bersama buskers sebagai gitaris undangan.
Sumber: wikipedia, youtube