HomeSemasa'Biarlah Orang Nak Kata Apa' - Bekas Gitaris Olan Kini Kerja Kutip...

‘Biarlah Orang Nak Kata Apa’ – Bekas Gitaris Olan Kini Kerja Kutip Sampah, Tak Kisah Diperlekeh

” Biarlah apa orang hendak kata saya bekerja di syarikat yang menguruskan sampah, asalkan itu lebih menggembirakan saya,”

Itu luahan bekas pemain gitar kedua kumpulan rock Olan yang terkenal sekitar 1990-an, Zulkifli Abdul Hamid, 57.

Biarpun pernah diperlekehkan sebagai tukang kutip sampah, namun Zulkifli atau dikenali dengan panggilan Azul tidak rasa terhina dengan kerjaya itu.

Azul pernah popular sebagai gitaris lagu Cinta Bandar Tasik Selatan tidak menyangka penghijrahannya ke Melaka menyertai kumpulan Lela di pada tahun 90-an akhirnya membuatkan dia menceburi kerja pembersihan di SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) pada tahun 2005.

Menurutnya, meskipun pekerjaan itu tidak memberikan pendapatan lumayan berbanding bergelar artis, namun dia bahagia menyertai syarikat itu dan tahun ini telah 19 tahun lalu berkhidmat di situ dengan pelbagai kerja dilakukan termasuk mengutip sampah sarap longkang, medan selera dan kawasan perumahan.

ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Jadi Hero, Setelah Lama Menyepi, Pelakon Ini Sekarang Jadi Pemandu Grab

ARTIKEL MENARIK ‘Dulu Gaji Saya Puluhan Ribu…’ – Sembilan Tahun Menyepi, Faizal Ismail Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu

” Sekarang saya diamanahkan menjaga stor mesin rumput dan untuk teruskan kehidupan kita tak boleh memilih pekerjaan.

” Adakalanya pernah kerinduan untuk memetik gitar, namun kudrat saya tidak seperti dahulu.

” Lebih-lebih lagi selepas menghidap sakit saraf sejak tiga tahun lalu hingga menyebabkan pergerakan jari agak terbatas,” katanya.

Zul berkongsi kisah itu ketika ditemui di pejabat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), di Krubong, di Cheng, di sini, pada Sabtu.

Dia yang telah mendirikan rumah tangga mengakui terharu apabila lagu lama masih diminati malah generasi muda juga mendengarnya.

Ujarnya, meskipun telah lama meninggalkan dunia seni, namun kenangan berada dalam bidang tersebut tidak akan dilupakan termasuk pengalaman membuat persembahan di ‘fun fair’ yang mendapat bayaran lumayan.

” Dulu royalti tidak seperti sekarang, jadi nasib ada fun fair dan kenangan yang paling saya tak boleh lupakan kumpulan kami berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 1991.

” Walaupun tak menang namun lagu Cinta Bandar Tasik Selatan telah menaikkan nama kami sebaris dengan kumpulan terkenal lain seperti Laksamana, Mega dan Damasutra, Blackrose,” katanya lagi.

Dia yang berasal dari Ipoh, Perak bersyukur mempunyai pekerjaan tetap, dengan pendapatan sebagai kerja pembersihan dia juga dapat menunaikan umrah pada Februari tahun lalu.

” Memanglah berbeza ketika menjadi anak seni dalam dunia penuh glamor dengan bekerja sebagai pekerja pembersihan.

” Tetapi setiap pekerjaan ada sumbangannya jadi kita kena menghargai.

” Alhamdulillah saya mampu menunaikan umrah tahun lalu melalui pekerjaan ini.

” Waktu mula-mula bekerja di sini pada 2005, ada juga suara-suara nakal rakan memperlekehkan saya kerana sanggup berubah dari hidup glamor kepada tugas kutip sampah di dalam longkang.

” Namun, saya tidak kisah kerana itulah realiti dunia ibarat roda yang bukan selamanya kita berada di atas.

” Walaupun mungkin ada tak suka saya bekerja kutip sampah tapi reda ALLAH yang kita cari.

” Sebenarnya banyak pekerjaan yang boleh kita lakukan asalkan kita mahu berusaha membantu diri sendiri.

” Kalau dulu saya terkenal dengan petikan gitar, tapi hari ini, saya lebih gembira dapat ‘membelai’ mesin rumput kerana mempunyai gaji tetap dan menjamin simpanan di hari tua.

” Biarlah apa orang hendak kata saya bekerja di syarikat yang menguruskan sampah, asalkan itu lebih menggembirakan saya,” katanya

ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Tambah Zulkifli, dia membuat keputusan meninggalkan Olan pada 1993 kerana berasakan sudah tidak sehaluan dengan kumpulan itu.

Kini kumpulan Olan sudah pun berpecah dan kesemua ahlinya telah membawa haluan hidup masing-masing. Cuma yang tinggal, hanyalah kenangan melalui lagu-lagu malar segar mereka yang pernah menghiasi corong-corong radio.

Namun, Azul sentiasa berharap semoga bekas anggota kumpulan itu diberikan kesihatan baik.

Info tentang Olan

Olan merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif sekitar tahun 1990-an.

Kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak muda dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini (kecuali gitaris keduanya yang berasal dari Ipoh, Perak) menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Olan merupakan salah satu daripada gergasi-gergasi rock dari Negeri Sembilan selain Hattan, Zaiton Sameon, dan kugiran-kugiran seperti D.I.A., Kejora, Laksamana, Medicine dan Spring.

Mereka terkenal menerusi lagu-lagu hit seperti Cinta Bandar Tasik Selatan, Kenangan Semalam, Suratan Berbeza, Hitam Manisan dan Hiasan.

Anggota kumpulan Olan adalah Dwan (Vokal), Oslan (Gitar Utama), Azul (Gitar Kedua), Nasir (Bass) dan Halim (Dram)

Sumber: sinar, malaysiagazette

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments